Sebak hati melihat perkongsian ini di Whatsapp sebentar tadi.
.
Sentuh hati rasa bila melihat perkongsian ini.
.
Apa guna sempurna anggota jika kaki yang ada tidak dapat bawa melangkah ziarah ke Al Haramain. Tidak dapat bawa kedua lutut sujud di hadapan Kaabah dambaan semua. Bawa sempurna segala rukun agama.
.
Benar hati yang dekat denganNya pasti senantiasa rindu untuk ke sana lagi. Mungkin itu rasa kami sahaja. Mungkin itu perkara biasa tapi buat kami suami isteri pasti ia hajat luar biasa sama dipohon untuk segera ke sana.
.
Allahu Musta'an
.
Allahu Musta'an
.
Allahu Musta'an

.
.
.

Syaikh Maher al-Muaiqly, Imam Besar Masjidil Haram , mendengar dan melihat seorang kanak kanak OKU berhampiran Kaabah sedang solat.

Syaikh tersebut pergi ke tempat di mana kanak-kanak OKU tersebut sedang berdoa ketika dalam ihram Umrah . Imam tersebut menunggu dengan senang sehingga kanak-kanak itu selesai Solat beliau.

Sebaik sahaja kanak-kanak itu selesai, Imam melutut dan memeluk kanak-kanak itu dengan senyuman mesra dan sentiasa mencium dahi kanak-kanak itu.

Syaikh Maher berkata kepada budak lelaki itu dalam bahasa Arab yang semoga Allah melindunginya dari segala kejahatan dan membangkitkan dia dalam status kebaikan serta dengan doa doa yang lain.
.
.
Ameen Allahumma Ameen.
.

Sign Up For Our Newsletter