Cuaca Berubah.  Manusia Juga Berubah.

Cuaca berubah. Manusia juga berubah.
.
Kadang benci seseorang, satu hari yang dibenci itulah yang datang membantu.
.
Kadang sayang seseorang, satu hari yang disayangi itulah yang melukakan hati.
.
Paksi pasak redha kepada Allah selalu. Setiap berlaku ada hikmah yang tiada kita kadang dapat fahami.
.
Pasak yakin juang hingga ke akhir nyawa untuk pastikan istiqamah di atas jalan benar, ikut dakap genggam agama.
.
Istiqamah dengan amal, telusuri jalan agama diajar dan ditunjuk Junjungan Besar Nabi Muhammad sallahu alaihi wassalam (bacalah selawat). Apa kehidupan ia berbeza ujian, namun amanah dan tanggungjawab sebagai hambaNya tetap sama.
.
Wajib buat apa perintahNya. Wajib tinggal laranganNya. Hadap diri dengan segala baik dan buruk kurnia dariNya. Jiwa gundah gelana kepadaNya tempat berserah dan mengadu. Tiada yang mustahil bila Allah detik kebenaran di hati.
.
Tiada hambaNya yang bukan dalam naungan jagaNya dalam khilaf harap pengampunan dosa hatta sebesar Bukit seluas lautan.
.
Mana lagi mahu kita pergi melain kembali kepada fitrah kejadian kembali dimamah bumi satu hari nanti. Selagi nyawa dikandung badan usaha jadi insan yang baik. Amal jaga dan erat senantiasa dan semoga buah hasil dituai nanti di syurga.
.
Berkati hambaMu yang ada ini dan temukan dengan insan soleh disekeliling sama nanti. Allah beri kehidupan sekali sahaja, manfaat ia sehabis baik sekuat daya.
.
Allahu Musta'an.
.
#jaricomotsek13


Sign Up For Our Newsletter